Assalamualaikum semua..kali ni, saya nak share sedikit tentang ciri-ciri design yang corporate,formal dan tidak formal. Mungkin sedikit sebanyak dapat membantu atau jika ada yang kurang boleh la beritahu..kita kongsi-kongsi apa yang boleh dikongsi.
So, design ni selalunye melibatkan beberapa aspek la..bila customer nak sesuatu design..pertama sekali saya akan menanyakan "konsep design nak macam mana?" kadang-kadang mereka menjawab "nak simple", "nak corporate", dan ada juga yang jawab "tak tahu lah dik mana-mana yang cantik dan menarik". So, sebagai designer kite boleh la suggest kat dorang maca mana yang sesuai berdasarkan konsep yang mereka mahukan..ok, kite lihat dulu contoh kat bawah..
So, design ni selalunye melibatkan beberapa aspek la..bila customer nak sesuatu design..pertama sekali saya akan menanyakan "konsep design nak macam mana?" kadang-kadang mereka menjawab "nak simple", "nak corporate", dan ada juga yang jawab "tak tahu lah dik mana-mana yang cantik dan menarik". So, sebagai designer kite boleh la suggest kat dorang maca mana yang sesuai berdasarkan konsep yang mereka mahukan..ok, kite lihat dulu contoh kat bawah..
kita lihat contoh 1 dan 2 menggunakan warna yang sama, tapi menggunakan font yang berbeza. Font atau kita panggil jenis tulisan yang digunakan selalunya banyak mempengaruhi sesuatu design sama ada ia akan kelihatan corporate, simple atau langsung tak menarik.
Sebagai contoh design 1, first impression orang akan nampak, "oh, macam restoran italy or macam kedai makan yang alah2 pizza hut ke ape" dan berbeza dengan design yang ke-2 orang akan menggangap "club baru ke?" atau "mybe restoran yang mahal"sebab ia kelihatan lebih establised(first impression orang). Apa yang ingin saya cuba katakan disini dengan penggunaan font juga akan menggambarkan sesuatu perkara itu kerana jika dilhat design yang ke 2 lebih bersifat corporate dengan menggunakan jenis font yang lebih formal.
Selain daripada penggunaan jenis font yang bersesuaian, cara penyusunan font dan pemilihan warna yang sesuai juga akan memberikan pengaruh yang besar pada satu-satu design . Seperti yang kita lihat pada contoh diatas, contoh no1 menunjukkan bahawa konsep syarikat mereka lebih kepada futuristic+simple+corporate. Manakala contoh ke2 pula ia tidak sesuai digunakan jika ia adalah syarikat yang bekerja dalam bidang audio+lighting+system kerana jika sekali pandang kita akan cuba meneka ia adalah seperti pusat peranginan atau pelancongan..
seperti yang saya katakan sebelumnya penggunaan warna juga sangat penting dalam membuat sesuatu design. Sebagai contoh design makanan kita gunakan warna merah/atau warna2 terang(sebab menarik perhatian&menyelerakan) dan jika syarikat menjual sayur-sayuran gunakan warna hijau(warna yang berkaitan misalnya).
Selain itu.penggunaan warna pada font dan background juga sangat la dititikberatkan kerana jika warna yang digunakan seperti kelihatan samar-samar atau sukar dilihat kerana terlalu dekat dengan warna background ia akan menyukarkan orang untuk membaca maklumat yang cuba disampaikan. Cuba gunakan warna-warna yang mudah untuk orang baca dan jangan gunakan warna-warna yang menyakitkan mata ( contohnya font putih pada background kuning).
Seterusnya, paparan maklumat yang ingin disampaikan pada pembeli atau pun pengguna juga sangat penting. Seperti contoh jika syarikat itu belum dikenali ramai, seelok-eloknya berikan mereka maklumat yang mereka perlu tahu seperti bidang kerja yang kamu lakukan, letakkan gambar dan sebagainya.
Bagi syarikat yang belum terkenal ianya tidak sesuai jika mahukan namecard yang terlalu simple sehinggakan orang tertanya-tanya tentang bidang perniagaan anda dan akhirnya menutup minat mereka untuk berurusan dengan pihak anda. Ia berbeza dengan syarikat besar dimana nama mereka telah dikenali ramai kerana dengan hanya nama syarikat orang ramai sudah boleh menggambarkan tentang perkhidmatan, barangan, makanan yang mereka tawarkan contohnya.
Akhir sekali, contoh namecard untuk pereka grafik.Kita boleh lihat ada dua contoh diatas. Bagi saya sebagai seorang pereka grafik, kita tidak perlu terlalu terikat dengan sesuatu peraturan bila ianya berkaitan dengan design. Kita boleh ekspresikan idea kita melalui namecard kita asalkan maklumat yang ingin disampaikan senang dibaca dan mudah difahami bagi saya tiada masalah. Contoh B pula bagi saya, ia tidak memaparkan ciri-ciri seorang pereka grafik walaupun mungkin ada yang berpendapat kelihatan lebih corporate namun ia tetap kelihatan membosankan(tidak creaticve)..
So, sebelum tutup cerita apa yang penting adalah setiap design adalah untuk membuat orang tertarik atau sebagai daya tarikan agar orang membaca/melihat maklumat apa yang kita cuba sampaikan..Jadi sebelum membuat satu-satu design cuba fikirkan sesuatu yang orang mudah faham, tidak terlalu serabut, kemas, cantik dan yang penting menarik. Jangan sebab kita teruja nak buat satu-satu design apa yang cuba kita sampaikan tidak sampai pada pengguna atau pelanggan kita.. dan sebagai pereka grafik kita hanya boleh memberikan pandangan tetapi akhirnya customer yang membuat keputusan..hahahahahaha
oke sampai sini sahaja dulu, yang baca terima kasih
chiauuuu~
No comments:
Post a Comment