Friday, 31 January 2014

Cowa!! Akira Toriyama

Hai kawan2 semua..saje la nak share untuk sape yang suke komik dan peminat setia pencipta dragonball Akira Toriyama, sapa yang belum tahu komik ni..best~ komik ni pasal anak dracula yang nak pergi cari ubat untuk penduduk kampung die yang kene virus " demam syaitan" kot..haha tapi memang best..

kalau nak lagi feel..cube cari di kedai2 buku komik berhampiran..beli komik tu sambil bace sambil baring2...dijamin tidak akan menyesal dan ketawa terbahak2 juge..~ kalau yang macam malas korang try carik dekat mangahere.com/mangapanda.com search la best..
enjoy it~

Thursday, 30 January 2014

Banner & Bunting Printing~

Untuk designer-designer yang sudah ada design tapi tidak tahu printing mana yang murah dan printing mana yang cantik kualitinya, desireblue boleh menyelesaikan masalah anda. Sila hubungi kami untuk menempah dan mencetak bunting dan banner. No contact ada dibawah sila contact sekarang :
antara design oleh customer yang telah di print oleh desireblue

no contact : 92811 459
whatsapp no : +60183696342
email : desirebluestudio@gmail.com



Corporate Business Card ~

Assalamualaikum.. Kepada yang mahu menempah business card juga boleh menghubungi kami. Minimum order hanya 2boxes untuk satu nama+Free design. Untuk Menghubungi sila lihat ruangan bawah :

no contact : 92811 459
whatsapp no : +60183696342
email : desirebluestudio@gmail.com


Design Cover Buku Services~

Bagi sesiapa yang memerlukan perkhidmatan untuk mendesign semula cover buku untuk syarikat mereka. DesireBlue juga ada menyediakan perkhidmatan tersebut dengan harga yang cukup rendah jika dibandingkan dengan harga yang ada di pasaran. Dibawah adalah antara sample daripada kami , kepada yang berminat boleh lah hubungi kami di :

no contact : 92811 459
whatsapp no : +60183696342
email : desirebluestudio@gmail.com
Cover buku yang customer mahu redesign



sample daripada DesireBlue untuk cover buku

Embroidery/Sulam Services

assalamualaikum .. kepada sesiapa yang mahukan perkhidmatan embroidery/sulam pada baju, DesireBlue menyediakan perkhidmatan dimana anda memang akan berpuas hati dengan hasil kerja sulaman kami.. Harga yang tertera adalah termasuk dengan Tshirt Collar daripada kami berserta sulaman.
Kepada sesiapa yang mahukan perkhidmatan ini sila hubungi DesireBlue di :

no contact : 92811 459
whatsapp no : +60183696342
email : desirebluestudio@gmail.com
(klick untuk enlarge)

Thursday, 23 January 2014

Name Card (ciri-ciri design)

Assalamualaikum semua..kali ni, saya nak share sedikit tentang ciri-ciri design yang corporate,formal dan tidak formal. Mungkin sedikit sebanyak dapat membantu atau jika ada yang kurang boleh la beritahu..kita kongsi-kongsi apa yang boleh dikongsi.

 So, design ni selalunye melibatkan beberapa aspek la..bila customer nak sesuatu design..pertama sekali saya akan menanyakan "konsep design nak macam mana?" kadang-kadang mereka menjawab "nak simple", "nak corporate", dan ada juga yang jawab "tak tahu lah dik mana-mana yang cantik dan menarik". So, sebagai designer kite boleh la suggest kat dorang maca mana yang sesuai berdasarkan konsep yang mereka mahukan..ok, kite lihat dulu contoh kat bawah.. 
kita lihat contoh 1 dan 2 menggunakan warna yang sama, tapi menggunakan font yang berbeza. Font atau kita panggil jenis tulisan yang digunakan selalunya banyak mempengaruhi sesuatu design sama ada ia akan kelihatan corporate, simple atau langsung tak menarik.

 Sebagai contoh design 1, first impression orang akan nampak, "oh, macam restoran italy or macam kedai makan yang alah2 pizza hut ke ape" dan berbeza dengan design yang ke-2 orang akan menggangap "club baru ke?" atau "mybe restoran yang mahal"sebab ia kelihatan lebih establised(first impression orang). Apa yang ingin saya cuba katakan disini dengan penggunaan font juga akan menggambarkan sesuatu perkara itu kerana jika dilhat design yang ke 2 lebih bersifat corporate dengan menggunakan jenis font yang lebih formal.

Selain daripada penggunaan jenis font yang bersesuaian, cara penyusunan font dan pemilihan warna yang sesuai juga akan memberikan pengaruh yang besar pada satu-satu design . Seperti yang kita lihat pada contoh diatas, contoh no1 menunjukkan bahawa konsep syarikat mereka lebih kepada futuristic+simple+corporate. Manakala contoh ke2 pula ia tidak sesuai digunakan jika ia adalah syarikat yang bekerja dalam bidang audio+lighting+system kerana jika sekali pandang kita akan cuba meneka ia adalah seperti pusat peranginan atau pelancongan..

seperti yang saya katakan sebelumnya penggunaan warna juga sangat penting dalam membuat sesuatu design. Sebagai contoh design makanan kita gunakan warna merah/atau warna2 terang(sebab menarik perhatian&menyelerakan) dan jika syarikat menjual sayur-sayuran gunakan warna hijau(warna yang berkaitan misalnya). 

Selain itu.penggunaan warna pada font dan background juga sangat la dititikberatkan kerana jika warna yang digunakan seperti kelihatan samar-samar atau sukar dilihat kerana terlalu dekat dengan warna background ia akan menyukarkan orang untuk membaca maklumat yang cuba disampaikan. Cuba gunakan warna-warna yang mudah untuk orang baca dan jangan gunakan warna-warna yang menyakitkan mata ( contohnya font putih pada background kuning).
Seterusnya, paparan maklumat yang ingin disampaikan pada pembeli atau pun pengguna juga sangat penting. Seperti contoh jika syarikat itu belum dikenali ramai, seelok-eloknya berikan mereka maklumat yang mereka perlu tahu seperti bidang kerja yang kamu lakukan, letakkan gambar dan sebagainya. 

Bagi syarikat yang belum terkenal ianya tidak sesuai jika mahukan namecard yang terlalu simple sehinggakan orang tertanya-tanya tentang bidang perniagaan anda dan akhirnya menutup minat mereka untuk berurusan dengan pihak anda. Ia berbeza dengan syarikat besar dimana nama mereka telah dikenali ramai kerana dengan hanya nama syarikat orang ramai sudah boleh menggambarkan tentang perkhidmatan, barangan, makanan yang mereka tawarkan contohnya.
Akhir sekali, contoh namecard untuk pereka grafik.Kita boleh lihat ada dua contoh diatas. Bagi saya sebagai seorang pereka grafik, kita tidak perlu terlalu terikat dengan sesuatu peraturan bila ianya berkaitan dengan design. Kita boleh ekspresikan idea kita melalui namecard kita asalkan maklumat yang ingin disampaikan senang dibaca dan mudah difahami bagi saya tiada masalah. Contoh B pula bagi saya, ia tidak memaparkan ciri-ciri seorang pereka grafik walaupun mungkin ada yang berpendapat kelihatan lebih corporate namun ia tetap kelihatan membosankan(tidak creaticve)..

So, sebelum tutup cerita apa yang penting adalah setiap design adalah untuk membuat orang tertarik atau sebagai daya tarikan agar orang membaca/melihat maklumat apa yang kita cuba sampaikan..Jadi sebelum membuat satu-satu design cuba fikirkan sesuatu yang orang mudah faham, tidak terlalu serabut, kemas, cantik dan yang penting menarik. Jangan sebab kita teruja nak buat satu-satu design apa yang cuba kita sampaikan tidak sampai pada pengguna atau pelanggan kita.. dan sebagai pereka grafik kita hanya boleh memberikan pandangan tetapi akhirnya customer yang membuat keputusan..hahahahahaha

oke sampai sini sahaja dulu, yang baca terima kasih
 chiauuuu~


Wednesday, 22 January 2014

Young And Dangerous A.K.A teddy boy

YOUNG AND DANGEROUS

cover movie yound and dangerous 1
dari kiri Chicken(Jordan Chan),  Dai Tin-Yee(Michael Tse) Chan Ho Nam(Ekin Cheng), Chow Pan( Jason Chu, Pau Pan (Jerry Lam)

haha..kite jumpe lagi..selepas beberape lame cari wallpaper teddy boy ni dengan bersusah payah akhirnya berjaye juge jumpe beberapa keping yang cantik..startingnye kite sembang pasal young and dangerous..sape yang xtahu cite hit ni kan..?? sape2 minat cite hongkong yang konsep cite nye pasal mafia, triad,kongsi gelap konfem tahu. Mengisahkan pada tahu 1985, tentang beberapa orang sahabat yang diketuai Chan Ho Nam, Chicken, Pau Pan,Chow Pan dan Dai Tin Yee camne dorang nye life as a gangster/triad/kongsi gelap..

*geng2 Ho Nam.

Starting criter ni..Dorang ni macam budak nakal (ponteng sekolah,ngorat awek,malas belajar) dimane dalam movie nye start dengan mengisahkan si Ho Nam ni di pukul dengan air botol coke oleh si Ugly Kwan time dorang ngah main bola and kononnye tersepak and bola tu terkene si Ugly Kwan ni (abang kawasan la cite dia) and dia pau*peras ugut untuk bayar sebab dia da cedera terkena bola, kalau xnak bayar dia suruh join dia..jadi budak2 dia la kononya..si Ho Nam ni tunjuk kepale die dengan cakap sedangkan abang kawasan situ xcakap apa and xsuruh die join ni kan plak abang kawasan luar nak ajak die kene ikut..memang la mendapat citenya..(hah ape lagi tibai la)..hahaha

Lepas tu, Brother Bee ni selamatkan dia la..kira macam abang kawasan tempat tu..lepas gitu Ho Nam ni nak join brother Bee ni masuk kongsi gelap yang name dia Hung Hing (ungly kwan pon hung hing gak). Masa2 berlalu ,10 tahun kemudian,si Ho Nam ni cepat lah naik sebab die ni sorang yang kire berkebolehan lah(bab bergaduh potong orang sini sana)..disamping sorang yang jujur+ setia plak kepada taiko dia bila dia ngan geng2 dia pg bunuh orang kanan si Ugly Kwan name dia teruslah naik sampaikan si Ugly Kwan bercadang nak suruh si Ho Nam bekerja dibawah dia..tapi sebab kesetiaannya pada taiko nye die menolak pelawaan Ugly Kwan yang akhirnya menyebabkan Ho Nam di perangkap olehnya..nak tau lagi tgk la movie die ye..xnyesallah...

dari dia sorang budak2 sampai jadi abang kawasan di Cause Bay..sampai la die jadi Longtao (kepala naga) untuk HungHing..semua siri ni ade 6 korang leh check kat youtube (yang sampingan movie pon ade banyak) dan yang terbaru young and dangerous reloaded"..tapi yang baru ni xberape nak best sebab Ho Nam dia macam lembik xde karisma la..

Ho Nam yang tengah. ni poster yound and dangerous reloaded

aku ingatkan cite ni akan meletop tapi hampeh..xde "kick" langsung..bosan+hambar..xtau nak cakap apa..mungkin sebab kita da biasa dengan watak Ho Nam tu yang dibawak oleh Ekin Cheng en..macam kita da biasa peter parker di mainkan oleh tobey migure ke sape tu..cam ironman dimainkan oleh Rober Jr kot..wahahaha and lastly macam IpMan dimainkan oleh Donnie Yen..bila orang lain yang pegang watak tu mesti macam..ahh xbest!!! lagipun jalan cerita yang ni macam ahh kureng la kureng..-,-"

oke la aku share skit yang menariknye pasal film ni er..dalam film ni sikit sebanyak memang mengisahkan tentang cara hidup kongsi gelap sane..macam ade abang kawasan yang jage tiap kawasan(kalau sini abanglong)..and ade satu kepale yang mengetuai semua abang2 tu yang dipanggil longtao(kalau sini ayahande erk)..and ade beberape action yang macam if nak bergaduh ayatnye camne...kalau nak datang majlis2 camne..sebab dalam dorang nye komuniti ni..cara pegang teh pon ade "code" nak tahu geng ke x en..and kalau ade yang mati geng lain datang bagi penghormatan..if buat salah ape hukuman2nye..sebab ade artikel aku bace film ni terlalu banyak mendedahkan kehidupan sebenar kongsi gelap di hongkong..so macam die punye producer 2 gila berani gak la..tapi nasib baik ia akhirnye diterima baik oleh penonton..

oke ni struktur hierarki dalam geng triad ni..
( rujukan wikipedia)

Triad ni sebenarnye geng2 patriotik yang last2 jadi cam kumpulan jenayah(lebih kurang cam yakuza lah)
dan maksud triad tu adelah "Heaven, Earth and Human" dalam geng ni dorang masing2 ade kod nombor yang membezakan pangkat dan darjat mereka..

So yang baru join akan di beri code 49 (ahli biase), yang kaki pukulnye/fighter kod 426 (redpole), kod 415 (white paper fan) ni business punye hallah die handle ke die bagi cadangan nak bukak club ke, rumah pelacuran ke, cd lucah ke. Straw Sandal (432) ni penghubung antara unit2 yang berbeza.Manakala, 438 (timbalan ketua) time ketua dorang ni keluar negara ade business ke camne..die akan menyandang jawatan ketua,438 (barisan hadapan) ni abang2 kawasan la macam brother Bee nye position and Ho Nam sebagai dia punya 426 (fighter). 438 Incense master tu kalau ade ritual2 nak masuk geng la kot and yang paling atas adelah 489 "Dragon Head".

Pada mulanya, watak Chan Ho Nam dalam film tu nak diberikan kat Andy Lau..tapi entah camne akhirnye diberikan dekat Ekin Cheng (yang juge wind dalam citer storm rider). Tapi nasib baik jugaklah sebab nampak la cara pembawaan watak oleh Ekin Chen tu menjadi sebab nampak la ciri2 sorang ketua, cool, setia kawan dan banyak lagi la. 
cover komik yang dilustrasikan dari muke Andy Lau dan Ekin Cheng
cover komik yang gune muke andy lau

Selain tu, movie ni juge mengetengahkan tentang semangat setiakawan yang begitu kuat antara mereka, setia pada ketua mereka, ada yang sanggup mati demi nak selamatkan kawan2 yang lain, balas dendam dekat orang yang bunuh ketua dorang, walaupun berpecah/bergaduh tapi bila kawan dia yang lain ada masalah konfem turun padang.Walaupun citer ni berkisahkan pasal gangster life tapi side baiknye kite leh tgk,yang xbaik jangan amik ye x..?? haha
Lastly..yang femes dalam movie ni adelah tattoo naga yang ade pada dade melingkar sampai kelengan Chan Ho Nam tu..kononnye dalam movie ni awex si Ho Nam tanye memang semua gangster kene ade tattoo ke..Ho Nam jawab xjugak..tapi kot2 la satu hari die bergaduh sampai mayat dia orang xde kenal..tgk tatoo tu nanti orang tau tu dia..hahaha..walaupun dalam komik asalnye tattoo naga tu ade dibahagian belakang badannya..
tattoo Ho Nam dalam Movie young and dangerous
tattoo Ho Nam dalam versi komik(original)

TEDDY BOY




cover depan komik teddy boy

oke sampai situ dulu cite young and dangerous, kite beralih kat komik asal cite ni yang kebanyakan orang xtahu or ade yang tahu and seacrh2 xterjumpe..English punye pon xada..tapi serius memang komik ni femes gila kat hongkong..sekarang da cecah episode 1679 woi!! pedang setiawan berapa?? Raja Rimba berapa??Dewata Raya?? oke2 Pendekar Laut?? Wira Tunggal??

tak2 bukan maksud aku nak cakap komik tu semua xbest, yang aku sebut tu semua femes tapi xde sampai gila banyak camni espisode dia..aku xtahu la komik ni memang best ke camne..tapi aku bace komik ni banyak mengubah cara hidup gengster sane..WOOOoooaaa~ komik gitu besar er pengaruhnye..hahaha!! komik ni diterbitkan seminggu 2kali..dengan harga HK$15(kalau xsilap) dalam RM6.70 senaskah..still boleh pergi er..hahaha xde la if xfemes gila ke ape seminggu sampai dua kali keluaran..then yang aku bace kat satu page ni siap beratur ade yang pegi jauh2 semata2 nak dapatkan komik ni wei!

aku nak sangat bace best gila ke ape..tapi gaya lukisan die pon terbaik gak..xbohong!! lebih kurang cam pedang setiawan gak la..bagi peminat hongkong nye komik mybe ade yang bantah tapi if lukisan yang cantik bagi aku la..pandangan peribadi..macam Tony Wong(dewata raya), Kho Fuk Lung(Jaguh Sakti)Mah Wing Sing(Pedang Setiawa) tapi aku kurang minat dengan gaye lukisan Wira Tunggal, Pendekar Laut, Wira Golok sebab nampak macam kaku. Tapi lukisan Teddy boy ni smart gak wei..xcaye tgk er bawah2 ni semua..

oke da ..cun en semua..hahaha..hope korang pon berpendapat sama la kan..xde la aku rasa teruja kot..kalau cite life dia boleh gempak gitu..komik dia camne la agaknye..kite amik contoh er.."storm worrior" dari komik pedang setiawan  suck..sorry to say la..memang yang sebelum ni storm rider best..tapi kalau tgk dragon tiger gate if nak bandingkan dengan jejak wira(versi komik) jauh gak..tapi bagi yang xbace komik rasanya cite tu semua mybe la syok..kalau macam yang layan manga dragonball tgk dragonball evolution paham la camne perasaan dia kan..maksud aku apa yang aku cuba sampaikan

Point die skg nak cakap selalunye komik dia lagi best dari movie/film..then kalau movie dah best komik die konfem2 lagi best..tapi boleh plak komik ni masuk Malaysia dengan sume bnde nak disekat nak dicencored en..haihhhh sesape yang terer bahasa cine translate la komik ni jadi bahasa melayu wei..kesian la sikit..
ni link kalau korang nak bace..tapi cina la..haha xtau paham ke x..
http://manhua.wangyoutaobao.com/doc/rexue/2011/0916/477.html

k bye chiaaaaaaaaaaaaauuu..enjoy~